right_side

Friday, March 4, 2011

Orang yang paling aku menyampah

nak share one story about g one GUY yg paling menyampah yang aku pernah jumpa dalam searah hidup aku. i met this guy last year during my sea phase training. apa la salah dia sampai aku betul-betul menyampah kat dia?


story 1

aku odw nk p jumpa Captain, nk mintak sign. unfortunately, mamat ni ada kt situ n tgh bckp dengan captain. then, dia nk nampak aku, dia berundur sikit, bg peluang aku cakap kat Captain. i go to captain. pass that paper to him.
"Sir, i need your signature for this Bunker Record"
"okay"
once aku dapat balik kertas tu, aku start kuwa dari bilik Captain. and mamat ni panggil aku terus grab kertas yg aku pengang tu.
"meh sini. aku tawu kau nk bagi kat chief. aku tolong bagikan"
"tapi...."
"tak ape. aku pun nk turun jugak"
"okay" , and aku follow je la belakang dia. sebab satu jalan yg sama kn?
Sampai je kat chief, mamat tu bagi. and muka chief pelik, kenapa mamat tu pulak yang bagi?
"chief, sy nk pinjam dia ni kejap"
shit. ada udang disebalik mee rupanya. terus dia panggil aku pergi CCR. n guess what..
"aku dah tolong kau anta kertas tadi. skang kau kena tolong aku"
aku just, what the..? ape yang dia suruh aku tolong? aku kena angkat satu kotak buku bawak naek p bridge. dia kata "tolong" dia, n aku ingat angkat sama-sama. tinggal harapan je la, aku angkat semua tu sorang2.

wehh! nak suruh aku mintak tolong, buat cara elok-elok la. x perlu la nk claim yang kau dah tolong aku bawak kertas SEHELAI tu, then balasan suruh aku angkat 1 kotak buku tebal nk mati nih??


Story 2

aku baru balik dari Engine Room. baru abes kerja. penat la kan? sure lah. duduk kt bilik. baru je masuk. then, ad fon call.
"hello?"
"siapa nie!?"
"aaa.. sy.. engine cadet"
"bagus. kau pergi gally, amek susu, bawak naik atas"
what the?

wehh! 1stly, bukan kerja aku la nk hidang kau susu kat atas tuh. kau ingat aku ni apa? kuli batak kau? 2nd, suruh la orang Deck! yang p suruh orang Engine tu kenapa!?


Story 3

hari ni ada dinner. not dinner la. mcm BBQ kat bridge wing. as usual, cadet kena tolong. ok. aku g la tolong, sama-sama dengan kawan aku sorang tu. tolong punya tolong punya tolong, agak banyak la dah buat kan? then, Bosun kata,
"korang g la rehat dulu. aku suruh AB ganti korang buat kerja."
balik la ke bilik. rehat. sebab, sure malam t bila da selesai semua, sure kena tolong kemas jugak. save la energy for that.
Suddenly,
"ring ring!" fon bileh meraung.
"HELLO!"
"ye"
"kenapa korang tak pergi tolong ha!? kenapa biar diorang je yang buat kerja?"
"dah tolong dah tadi. bosun yang bagi rest"
"dari tadi aku nampak AB je buat kerja? kau nk jual nama Bosun suruh bagi rehat lak kan?"

wehh. orang yang tak taw cerita, tapi dok pakai serbu. ni lah dia. memang la dia nmpak AB je buat kerja dari awal sampai abes. sebab? aku buat kerja kat bawah. then AB sambung, bawak dari bawah g naek atas. mamat tu ada kat Bridge. memang la nmpk macam AB tu je yang bekerja. pe la bongok sangat mamat tu.


Story 4

kemas bilik. fine. kemaskan bilik sebab dia nk sign off. SELALU nya, officer akan bagi tip if tolong kemaskan bilik dia. come on la weh. orang kapal. starting gaji minimum RM 8000 sebulan? mamat tu? kalau ikut rank dia, maybe RM 13 to 15000 rasanya. xkan orang dah tolong x mau bagi upah, kan? fine. kemas la bilik dia. n nak taw, dia bagi berapa? TIGA RINGGIT SAHAJA. oh come on laa. org len mintak aku tolong kemaskan bilik, dia bagi 20 USD la weh. dah la TIGA. pastu RINGGIT MALAYSIA lak tuh? pergh. tak bebaloi lansung. chief engineer aku bagi USD 100. 4th Engineer aku bagi, USD 40. Oiler aku bagi USD 20. engkau? weh. RM 3? tak masuk akal doh. pastu bila dah kemaskan bilik, demand pulak. tu tak kena la ni x kena la. heyy. ade yang kene sumbat mulut dengan batang mop ni kang. sabar je la. dah la RM 3. adoyai.


Story 5

eh. banyak pulak. nanti-nanti la cerita lagi. banyak lagi dohhhh..






ape pun. mamat ni dok claim dia lah yang terbaik. why? dia dok tunjuk, dapat cicin pelajar terbaik masa batch dia. then? dia la diantara orang paling cepat dapat rank tinggi antara batch2 dia. maybe sebab tu la, dia jadi macam tu. kerek. belagak. but, he's nothing. dengan kerja pun tak tentu arah. dok kena marah je sebab kerja tak bagus. lagi mau claim dia tu hebat.

aku taknak jumpa lagi mamat ni.

hampehhh.

No comments: